Pendaftaraan Sebelum Program Bermula
ALHAMDULILLAH!
PROGRAM i-RICH696 MENDAPAT SAMBUTAN DI LUAR JANGKAAN! SUNGGUH HEBAT & MENGGEGARKAN!!!
Sempena "Perasmian" CENTRE BARU i-Rich696 di Taman Equine, Seri Kembangan, pada 20/3/2010 jam 830 malamm, i-Rich696 menggabungkan program khas KELUARKAN 'AURA JUTAWAN' DALAM DIRI ANDA yang membariskan 16 orang bakal jutawan berkongsi pengalaman dan tips kejayaan mereka dalam masa singkat!
MEREKA DAH BERMULA! ANDA?
Program belum bermula tetapi kesesakan dah mula dapat dirasakan. Memang benar, kesedaran pentingnya SAVING semakin diperlukan oleh semua orang tanpa mengira siapa anda.
MENTOR AMRI (Bekas Advertising Consultant)
semasa merasmikan centre baru i-Rich696 di Taman Equine sambil memberi ucapan dasar.
"Tidak ada sebab kenapa tuan2 nak tolak i-Rich? i-Rich ajak tuan2 mulakan KEHIDUPAN GAYA BARU dengan membuat SAVING 4 ANGKA SEHARI...i-Rich ajak tuan2 BUAT DUIT HARI2... i-Rich ajak tuan2 supaya SIFARKAN HUTANG tuan2 yang dah menggunung tu tahun ni jugak sebab IMPIAN tuan2 mesti dicapai dalam tahun ni jugak! TEAMWORK BERMAKNA KERJA SAMA & SAMA2 KERJA. Jangan kita mengeluh kalau kita miskin kerana kita yang takdirkan kita miskin!"~ Amri
MENTOR ARIL (Bekas Designer)
"Untuk berjaya peganglah pada 3 perkara. Pertama 'ILMU', kedua 'MENTOR' & ketiga 'ACTION". Hari ini, saya berjaya sebab saya tiru apa yang orang berjaya buat. Kalau kita nak buat duit, belajar dari orang buat duit. Hari ini saya jumpa ramai orang nak berubah dan nak jadi kaya tapi dia merujuk pada kawan dia yang x berapa nak kaya....Hari ini tuan2, yang nak kaya kita, nak berubah kita....keputusan tuan2 hari ini menentukan SIAPA TUAN 5 tahun akan datang!"~Aril.
MUZRI (Engineer)
"Saya belum pernah jumpa program semudah ni. Saya juga tak pernah merasa duit sebanyak ni setiap hari...semuanya dengan i-Rich. Memang tuan2 tak tau bertapa bestnya bila tuan2 ada MENTOR yang memastikan....saya ulang semula...yang memastikan tuan2 dapat income SEKIRANYA tuan2 buat ikut teknik yang betul. Tak sampai 3 bulan, saya dah hadiahkan isteri saya sebuah kereta. Mulai hari ni jangan lihat kejayaan orang lain TETAPI lihatlah KEJAYAAN tuan2 pula kerana SUCCESS BY DESIGN"~Muzri
MAN KIDAL (Bekas Engineering Consultant)
"Dulu semasa saya buat i-Rich secara 'part-time', income saya RM400-500 sehari. Saya ajak kawan2 buat sama2 dengan saya, mereka REJECT saya. Saya teruskan buat demi anak & isteri tersayang.Bila difikirkan semula buat apa lagi saya nak terus 'dikerjakan' sedangkan matlamat saya nak sifarkan hutang & bahagiakan keluarga. Selepas buat 'fulltime' & bimbingan dari mentor & leader2 i-Rich, income saya dah jadi RM1,700 sehari. Biar 10 orang, 100 orang atau 10,000 orang nak tengok kita 'jatuh' tapi yang pastinya 2 orang yang benar2 nak tengok kita berjaya iaitu ibu & ayah kita!"~ Man Kidal
ZACK JENGKA (Pekerja Kilang)
"Saya juga ada impian untuk berjaya. Kejayaan bermula dengan MINDA YANG POSITIF. Bila kita amalkan kehidupan positif, kita sentiasa nampak impian kita semakin dekat. Hari ini saya lihat ahli2 i-Rich seorang demi seorang mendapat impian mereka kerana mereka bekerja ada MATLAMAT yang JELAS! Tak letih, tak give-up sebab mereka positif. Saya berazam untuk melebarkan sayap i-Rich696 ke seluruh gugusan Jengka termasuk seluruh Pahang!"~ Zack
AZHAR PONTIAN (Bekas Pekerja Swasta)
"Pada mulanya saya lihat kelainan rakan baik saya Khairul menerusi perkembangan blog paripariduit. Saya x percaya & bercuti seminggu datang ke KL untuk melihat sendiri betulkah apa yang dia dapat seperti yang digambarkan dalam blog tu. Hari pertama saja saya jadi panas bila dia bawa balik cash yang banyak. "Apa tu?" saya bertanya, dia jawab "ni saving aku hari ini"....PANAS! Sekarang dari Pontian saya datang ke KL hanya naik motorsikal dan ALHAMDULILLAH, 4 hari saya buat, dah dapat RM3,000. Yang boleh mengubah diri kita cuma diri kita"~Azhar
ADROL (O.K.U. Pekak & Bisu) Fulltime i-Rich
Mentor Amri menjemput Adrol tampil ke hadapan untuk diberikan penghargaan & menjadi teladan pada semua yang hadir. Bagaimana Adrol yang pekak & bisu boleh berjaya dalam i-Rich dan memiliki semangat & mental yang sangat optimis untuk berjaya. Beliau juga telah buktikan OKU memang hebat bagaimana beliau sendiri sudah boleh buktikan income RM1,200 sehari. Pengiktirafan & penghargaan ini diberikan sebagai mewakili semua pihak OKU yang bernaung di bawah i-Rich696! TAHNIAH OKU i-Rich696! Anda semua memang HEBAT!
JANGAN SEKAT POTENSI DIRI
MENTOR RIDZMAN (BEKAS ENGINEER)
"Yang bestnya i-Rich ni kita bekerja dalam group. Dalam keadaan saya masih x faham, saya dah dapat RM3,000 seminggu. Saya buat lagi kerja esoknya saya dapat lagi RM1,000. Saya hanya TIRU apa yang mentor saya buat. Dalam masa 6 bulan saya dah pakai BMW. ALHAMDULILLAH, dalam setahun saya dah dapat lebih RM100,000. Takde program yang lebih mudah dari i-Rich yang hanya TIRU apa yang tertulis dalam Quickstart"~ Ridzman.
TARMIZI (KEDAH) (BEKAS SENIOR MANAGER)
"Saya lihat i-Rich696 sangat berbeza kerana ia lebih kepada bimbingan secara personal. Biarpun saya di Sg.Petani Kedah, bila saya bawa i-Rich ke utara, sambutannya jadi lain macam kerana budaya di sana agak berbeza. Untuk itu saya banyak tekankan pada perlunya SAVING untuk pembelajaran anak2. Jangan biarkan anak kita belajar sambil berhutang kerana ia satu kesilapan besar yang ramai makbapak lakukan. Tanggungjawab menyara persekolahan anak2 adalah AMANAH kita."~ Tarmizi
PN. KHADIJAH (Ibu tunggal/kakitangan kerajaan)
"Saya mahu bersara kaya kerana saya tidak mahu anak2 saya berasa susah seperti apa yang telah saya lalui. Saya tidak merasa USIA ITU PENGHALANG KEJAYAAN kerana KEJAYAAN ITU TIDAK BERUSIA. Hari ini ramai yang takut kegagalan tetapi mereka sanggup BERTAHAN. Pesan kak Jah, jangan 'bertahan' tetapi berusaha untuk tingkatkan prestasi diri demi untuk orang2 tersayang. Kalau kak Jah boleh bermakna awak semua lagi boleh. i-Rich ni pulak yang bestnya ramai anak2 muda yang sudah mula buat duit...ini lah i-Rich696, yang lain dari lain"~ Kak Jah/Pn.Khadijah
FAIZ (Kakitangan SIRIM)
"Biarpun sibuk dengan tugasan harian, saya tak pernah komplen. Saya percaya KEBIJAKSANAAN menguruskan masa adalah penentu kejayaan saya selama ini. Takde yang lebih best dalam i-Rich ni bila waktu siang saya bekerja, group saya bantu saya buat duit. Bila malam saya pula ambil tanggungjawab bantu group buat duit. Dalam i-Rich kami berpegang pada prinsip 3T iaitu Tiru-meniru, Tolong-menolong & Tegur-menegur. Kalau tak boleh ditegur....jangan buat i-Rich"~ Faiz
MENTOR KHAIRUL (Bekas Industrial Deisgner)
"Saya tak pernah pamerkan kesusahan saya pada sesiapa. Sebagai anak sulong dari 8 orang adik-beradik, saya pikul tanggungjawab membantu mak saya kerana ayah sudah tiada. Saya belajar & ikut teknik yang diberikan tanpa banyak soal. Penghalang kejayaan saya selama ni adalah DIRI SENDIRI yang sentiasa berasa takut, pemalu, pendiam tapi di i-Rich saya dilatih LAWAN! Saya lawan semua elemen negatif yang menghalang kejayaan saya! Takde orang tau pada peringkat awal 3 bulan saya buat i-Rich, saya hanya makan roti canai & air kosong tapi kini ALHAMDULILLAH, kini saya mampu hantar duit RM1,000 pada mak saya setiap minggu." ~ Khairul.
AFIQ (Bekas Designer)
"Bagi saya kita harus kaya! Kaya ILMU & HARTA! Kalau xde harta, apa yang nak diwariskan pada ahli keluarga kita. Bukankah kaya itu lebih baik dari miskin? Kalau saya miskin bagaimana nak berzakat? Kalau saya miskin, macamana nak bersedekah? Dengan i-Rich, saya dilatih menjadi orang yang MEMBERI. "the more you give, the more you get" Hari ini kita yang pilih untuk jadi kaya atau miskin. Syaitan tak hasut suruh percaya atau x percaya...tapi dia hasut supaya sentiasa WAS-WAS...kalau semua peluang datang pada tuan2 asyik nak WASpada jer... bila nak BERJAYA? ~ AFIQ.
EZAL (Bekas Pengurus Pasaraya)
"Tidak ada yang lebih syok selain dari TIME FREEDOM & MONEY FREEDOM. Selama 16 tahun saya hidup dalam sengsara. Tuan2 boleh bayangkan... macamana saya dulu?... Saya boleh buat keje masuk jam 7 pagi & balik 11 pagi esoknya...sape yang kaya?.... Hari ini saya hanya nak korbankan masa & tenaga saya pada tempat yang betul demi masa depan keluarga saya. Dengan teknik saving yang diajar dlm i-Rich, saya dapat membawa keluarga saya bercuti keluar negara, saya mampu memiliki kereta impian BMW...syoknya SAVING 4 angka tiap2 hari" ~ Ezal.
HJ.ZACK (Bekas Motivator & Ahli Perniagaan)
"Ada sesuatu yang menarik dalam i-Rich. Walaupun saya seorang ahli perniagaan dan perniagaan saya sukses. Alhamdulillah!...tetapi kenapa saya join i-Rich? Untuk apa saya buat i-Rich lagi?... sebab selama 51 tahun saya hidup, belum pernah bertemu dengan 1 program mengajak orang untuk settlekan hutang & buat saving. Company2 lain asyik2 ajak orang buat duit, buat duit! Biarpun saya berpengalaman dalam berniaga tetapi i-Rich berbeza kerana ia bekerja dengan system canggih & global! Saya x malu belajar dengan anak2 muda yang buat duit dalam i-Rich dan ianya sangat-sangat-sangat mudah. Dapat duit 4 angka tiap2 hari. Malah teamwork dalam i-Rich sangat2 berbeza" ~ Hj.Zack
PN.ELLY (Bekas Multimedia Designer/ home-based biz)
"Jika kita benar2 mahu berjaya, kita lakukan sesuatu perkara itu dengan IKHLAS & JUJUR. Kita lakukan sengan SUNGGUH2 & BERUSAHA sehingga kita dapat. Beza di antara orang berjaya & orang belum mahu berjaya adalah ATTITUDE. Saya syorkan setiap suami-isteri harus menyertai i-Rich kerana ia sangat membantu memulihkan ekonomi rumahtangga anda dalam masa singkat. Dalam i-Rich kerjanya sangat mudah iaitu TIRU JER...kalau suruh tirupun tak buat, itu namanya PEMALAS" ~ PN.ELLY
FIKIR & LIHAT TIDAK SAMA DENGAN BERTINDAK. "LEARNING BY DOING"
SESAK!
Ramai yang terpaksa berdiri dan ada yang tak dapat masuk. Ini tidak melemahkan semangat mereka untuk melihat & menyaksikan perkongsian 16 orang bakal jutawan yang berkongsi pengalaman masing2. Program pertama i-Rich696 mendapat sambutan yang amat luar jangkaan!
JANGAN ASYIK FIKIR MASALAH... FIKIRKAN SOLUTION!! ~ Amir

MENTOR AMRI membuat CLOSING POWER yang sangat2 POWER! Beliau menyedarkan kenapa orang sanggup bersusah-payah nak buat bajet bulanan sedangkan realitinya SAVING xde, memang setiap bulan x pernah cukup...macamana nak buat bajet? Kenapa tidak saja menyertai i-Rich yang telah menyediakan program bimbingan secara percuma. Beliau bukan sahaja membuka minda tentang perbezaan HIDUP BERGAYA dengan GAYA HIDUP malah juga memberi perbandingan BUMBUNG VS TAKDE BUMBUNG!
Ramai yang pulang dengan berpuashati kerana telah manyaksikan sendiri bukti2 yang telah dikongsikan. Kesedaran mengetahui TEKNIK BUAT SAVING yang diperkenalkan i-Rich696 memang sangat unik & berbaloi sekiranya benar2 mengikut step2 yang ditetapkan. Perkongsian ikhlas 16 BAKAL JUTAWAN mampu meninggalkan kesan mendalam pada setiap yang hadir sehingg ada yang mengalirkan airmata...
TAHNIAH & TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG HADIR!