Satu program 'FINANCIAL INTELLIGENT' iaitu program bimbingan teknik menjana pendapatan & saving 4 angka sehari. Ia merupakan program "PERSONAL DEVELOPMENT" yang mampu mengubah individu! Hari ini, ramai yang dah mula sedar bahawa SAVING adalah perkara penting! Ramai yang dah bertahun bekerja tetapi TIADA SAVING, ANDA MEMANG DALAM BAHAYA! Ramai yang kononnya berjawatan BESAR tapi diKEJAR HUTANG, ANDA MEMANG DALAM BAHAYA!Hubungi segera rakan2 i-Rich di seluruh Malaysia termasuk Brunei & Singapura untuk mendapatkan penerangan terperinci. Jadikan TAHUN 2010/1431 adalahTAHUN SIFARKAN HUTANG, TAHUN BUAT SAVING & TAHUN ANDA MEREALISASIKAN IMPIAN!!! Jika anda bersedia dibantu, paripari sedia membantu!

Sunday, 28 February 2010

20 AMALAN MURAH REZEKI


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah -

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar -

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa -

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah -

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa -

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah -

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain -

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..." (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat -

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak -

Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "

10. Berpagi-pagi -

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim -

Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk -

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah -

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud) -

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha -

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah -

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi: "... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Amalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu -

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca
"Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa -

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya -

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal -

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri
"jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Selamat Beribadah dan Semoga amalan-amalan ibadah kita diterima oleh Allah swt...........

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Related Posts with Thumbnails

DOA & AMALAN DIMURAHKAN REZEKI

Mohon Doa 1

Amalkan surah :
Al-Waqiah
Ali- Imran ~ A;26
Ali-Imran ~ A 73 -74
An-Nissa ~ A;85
Al-Baqarah ~ A ; 56-57
Al- Hajj ~ A;27


amalkan juga Asma'ul Husna
Ar Razzaaq الرزاق Maha Pemberi Rejeki
Al Fattaah الفتاح Maha Pembuka Rahmat
Al Ghaniyy الغنى Maha Berkecukupan
Al Mughnii المغنى Maha Memberi Kekayaan


Nak tambah sikit....
"Ya Allah...
kau limpahkan rezeki mu seluas2nya kepadaku
dengan penuh KEBERKATANMU,
Ya Allah......jika rezekiku dilangit Kau turunkan,
Ya Allah..... jika rezeki ku dibumi Kau keluarkanlah,
Ya Allah..... jika rezeki ku jauh Kau dekatkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki ku sukar Kau permudahkanlah,
Ya Allah......jika rezeki ku haram kau bersihkanlah,
Ya Allah.... jika rezeki kecil kau besarkanlah"

Kisah Benar Mentor Ku Aril

“BENAR!!! Sekarang aku buat DUIT hari-hari”. Dulu aku bekerja sebagai DESIGNER hampir 12 tahun.Kehidupan aku semakin hari semakin terhimpit membuat aku terpaksa memiliki & menggunakan “Kad Kredit” untuk perbelanjaan seharian.Ku sangka hujan di waktu malam,rupanya siang,malam,pagi,petang hujan tak henti-henti.Sedar tak sedar dan 2 tahun aku berkawan dengan staff bank gara-gara 6 keping hutang kad kredit (tiap2 bulan staff bank cal).Melihat keadaan anak lelaki ku berusia 3 tahun yang semakin membesar terfikir di hati kecil ini… apa akan terjadi dengan masa depannya kiranya sebarang kemungkinan yang akan berlaku terhadap aku? Simpanan pun tak ada malah hutang yang ku tinggalkan!!!.. Aku berdoa siang & malam.”YA ALLAH.Engkau limpahkanlah rezeki buatku…Ketemukanlah kepadaku dengan 1 peluang dimana dapat merubah kehidupan aku ke arah lebih sempurna.” Bermula dengan 1 flayers (iklan) yang bertajuk “Kad Kredit Buat Duit” yang diletakkan di wiper keretaku,aku cuba bertindak untuk ketahui Rahsia disebalik tajuk itu.Tanpa pengetahuan isteri,keluarga & kawan-kawan,disinilah segala-galanya bermula… Bermula bisnes ni dengan 1 niat ingin selesaikan hutang kad kredit,aku berkata “YA”… Yang peliknya, tak paham tapi Alhamdulillah bulan pertama aku dapat balik modal.Aku teruskan secara part-time.Alhamdulillah dalam masa 3 bulan aku berjaya langsaikan hutang kad kredit… ok tak ok ni? Bulan ke-4, bisnes ini telah membunuh kerjaya ku. Sekarang aku Bersyukur sangat-sangat kerana isteri & adik-adik ku sama-sama buat demi orang tersayang… Yang penting,sekarang aku dah mula membuat saving hari-hari namun masih tetap berusaha kerana Allah pun tak suka kepada hambanya yang cepat selesa. Satu perkara yang tersangat BESTnya apabila dapat memiliki apa yang kita nak bukan yang kita mampu.INSYALLAH, aku akan gapai impian ku satu persatu & membahagiakan insan2 tersayang… Sekarang baru faham!!! Bahawasanya kita perlu kaya kerana akan tertutup pintu kehinaan serapat-rapatnya & KEKAYAAN yang sebenar adalah KEBAHAGIAAN!!! Akhir kata perkongsian aku, semua kita boleh berjaya tapi sebaliknya PENGHALANG kejayaan kita adalah DIRI SENDIRI”… Jumpa di Puncak KEJAYAAN di pentas JUTAWAN!!! Amin…

“Di saat ibumu tertidur lelap,cuba kamu pandang wajahnya dalam-dalam… & bayangkan matanya tak akan terbuka selamanya,tangannya tidak mampu lagi untuk menghapus airmata kita & tidak ada lagi nasihatnya yang selama ini sering kita abaikan. Bayangkan ibumu sudah tiada & apakah kamu sudah membahagiakannya sebelum ini terjadi…!! Renung-renungkanlah & Selamat Beramal.”




NILAI SEBENAR DUIT

duit
Duit boleh beli BANTAL dan TILAM tetapi tidak boleh beli TIDUR

Duit boleh beli UBAT, tetapi tidak boleh beli KESIHATAN

Duit boleh beli BUKU,tetapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN

Duit boleh beli INTAN PERMATA,tetapi tidak boleh beli KECANTIKAN

Duit boleh beli MAKANAN,tetapi tidak boleh beli SELERA

Duit boleh beli RUMAH,tetapi tidak boleh beli KELUARGA

Duit boleh beli BARANGAN MEWAH,tetapi tidak boleh beli PELAJARAN

Duit boleh beli HIBURAN,tetapi tidak boleh beli KEBAHAGIAN

Duit boleh beli PERNIAGAAN,tetapi tidak boleh beli KEBEBASAN

Duit boleh beli CINTA,tetapi tidak boleh beli KESETIAAN

Duit boleh beli ORGAN TUBUH,tetapi tidak boleh beli NYAWA

Duit boleh beli PANGKAT dan KEDUDUKAN,tetapi tidak boleh beli IMAN

Duit boleh beli hampir segala-galanya di dunia KECUALI MATI

5 TIP JUTAWAN ~ Irfan Khairi

Dalam buku Nota Jutawan Nota Motivasi, Dr. Irfan Khairi menulis lebih 50 teknik mencapai kejayaan yang boleh merubah masa hadapan kita. Disini 5 tip yang boleh kita amalkan untuk menjadi KAYA dan BERJAYA.
Irfan Khairi 2
1. Bantu orang lain untuk berjaya
Salah satu cara terpantas untuk kita berjaya ialah dengan membantu orang lain berjaya. Insya-Allah lebih ramai orang akan membantu kita jika kita membantu orang lain. Kita boleh membantu seseorang cukup sekadar menjadi orang tengah atau sebagai pemberi maklumat. Perkenalkan seseorang dengan rakan kita yang boleh membantunya.

2. Pilih satu idea sahaja
Kadang-kadang kita ada banyak idea. Namun ada kalanya satupun tidak dapat dilaksanakan. Jadi apabila kita mempunyai banyak idea yang boleh menjana kejayaan, pilih satu sahaja yang paling utama. Kemudian implementasikan segera (dengan cara yang betul).

3. Motivasikan diri dengan idea baru
Banyakkan berfikir tentang idea, cara dan teknik baharu yang boleh menjurus kepada kejayaan. Perkara baharu menjadikan kita lebih termotivasi untuk mula bertindak. Sebagai tambahan ingatkan kembali kejayaan-kejayaan kecil yang pernah kita kecapi. Bayangkan gembiranya kita jika kejayaan lebih besar datang jika kita segera bertindak.

4. Kekalkan momentum usaha
Apabila sudah termotivasi dengan idea baru, maka segera mulakan usaha. Jika tidak maka momentum dan nyalarasa (passion) tadi akan malap dan pudar. Kemudian apabila sudah berusaha, jangan biarkan seharipun tanpa berusaha. Namun katakan jika seharian kita sibuk atas urusan lain dan tidak dapat membuat kerja yang membawa kepada matlamat tadi. Tetap kekalkan momentum itu dengan sekadar berfikir mengenai idea-idea dan teknik-teknik baharu. Catatkan segera idea tersebut. Kemudian terus laksanakan sejurus lapang nanti.

5. Tuliskan 'senarai jangan buat'
Dalam merancang usaha ke arah kejayaan, kita biasa menulis senarai perkara yang perlu dibuat. Namun mungkin jarang antara kita yang menulis 'senarai jangan buat'. Senaraikan semua aktiviti yang tidak menyumbang kepada kejayaan seperti berborak-borak kosong tanpa matlamat. Aktiviti yang disenaraikan ini akan meningkatkan produktiviti jika kita berhenti melakukannya. Kemudian disiplinkan diri untuk tidak melakukannya.
Irfan Khairi 1

KATA-KATA SEORANG PAKAR

Watch the video starring the one and only Robert Kiyosaki and in it he speaks about Network Marketing and the 2 main reasons you should have for starting in this industry. I’ll let you know in this article what those 2 reasons are and why it’s fundamental to understand them if you want any success in your MLM home business.

Why Do Most People Fail?
Most people fail because they have no experience of business ownership, we’ve been programmed and trained to work at jobs and when you come to the tables with the skills you learned at your job it’s that much harder to get things moving.

Most people join to make money-an emotional decision. The truth is most people don’t have the patience and willingness to learn new skills, skills that are mandatory if you want success.

When someone joins just to make money their emotions are attached to the money they envisioned so when they aren’t instantly gratified or don’t make money in the first few months they quit.

It’s these people that give the industry a bad reputation spreading stories of how network marketing is a pyramid scam.

Addressing The Myth
Unlike traditional corporate systems there’s room at the top for everyone. When people don’t get to the top they say it’s a pyramid scam.

A traditional corporate system is a pyramid too, however in the corporate system there is only room for one person. In a Network marketing business there is room for everyone.

The pyramids are laid out differently. In Robert Kiyosaki’s video he explains that one pyramid has it’s base on the ground and one has it’s base in the air, this means that anyone can join as a business owner.

The 2 Reason’s You Must Have For Joining

1. To help yourself
2. To help other’s

Reason number 1 means that you come to the business to help change your core value’s to make the transition from an employee to business owner
Reason number 2 means that you join the business to help other’s make that very same shift.

Your Business Is An Asset
If you read any of Robert Kiyosaki’s writings on Network Marketing you’ll learn that most people join this business to make money for themselves. They forget that in Network Marketing you’re in business for yourself but not by yourself.

You must treat this business like an asset on the other hand you must treat the people who join you in business like an asset also. although it is a business you can’t forget the NETWORK part of it all.

This is a people business and always will be. Help enough people and you WILL reap the rewards.

You can make this work for you only if you help other’s. If you learn how to network with people and learn how to attract your future business partner’s to you a new set of rules will open up to you when it comes to your income level.

source from:
http://www.richerdaddy.com/robert-kiyosaki-rich-dad-on-network-marketing-younique-wealth-by-bob-proctor/

ONAIR

MARI BERDOA

"Ya, Allah,jadikanlah permulaan hari ini penuh kebajikan dan pertengahannya penuh kebahagiaan dan jadikanlah akhir hari ini penuh keuntungan"


CLUB KITA JUTAWAN MEMBERS

ABOUT CLUB KITA JUTAWAN

Saya ingin berkongsi bersama-sama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai impian dan cita-cita untuk MENJADI JUTAWAN dalam hidup mereka. Yes kita semua ingin hidup SEBAGAI JUTAWAN tapi apa langkah yang telah kita ambil untuk mencapai impian itu.Jadi di blog ini saya akan berkongsi dengan kalian semua salah satu cara dari bermacam-macam cara yang boleh kita ambil untuk merealisasikan impian kita itu. Baca dan buka minda anda.

"Mari kita berjaya bersama-sama"

Share

Bookmark and Share
Subscribe

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP